Pek Remaja
Tia Amelia
Pek Remaja keluaran Tia Amelia dilengkapi dengan Sabun Pembersih
Muka, Krim Kunyit dan Sunblock/Foundation untuk golongan remaja yang ingin
memiliki kulit yang tampak segar dan bebas daripada cela.
Penggunaan ketiga-tiga dalam Pek Remaja yang konsisten akan
membantu anda mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit wajah di samping
melindungi kulit daripada radiasi sinaran ultraungu yang boleh mengakibatkan
kanser dan penuaan kulit.
Khasiat Pek Remaja Tia Amelia
Sabun Pembersih Muka
·
Menanggalkan kotoran
·
Membasmi sel kulit mati dan minyak berlebihan
·
Menghalus dan menyegarkan kulit
Krim kunyit
·
Mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit
·
Melambatkan proses penuaan
·
Meningkatkan keanjalan dan kecerahan kulit
Sunblock/Foundation
·
Melindungi kulit daripada sinaran matahari
·
Mengekalkan kelembapan, kecerahan dan kehalusan kulit
·
Melambatkan proses penuaan
·
Mengimbangi tona kulit agar lebih sekata
Kandungan Pek Remaja Tia Amelia
Sabun Pembersih Muka
·
Air Suling: Air merupakan elemen yang penting untuk menyihatkan
kulit. Air berperanan memelihara kelembapan, membantu mengurangkan jerawat,
melambatkan proses penuaan, serta menyerikan kulit.
·
Minyak Kelapa: Minyak kelapa berupaya melembutkan kulit yang kasar dan kering
serta mampu menanggalkan kesan mekap dengan berkesan. Ia juga berperanan untuk
melembap dan menyerikan lagi kulit wajah. Selain itu, masalah yang berkaitan
dengan kulit seperti kulit sensitif, jerawat mahupun luka dan calar pada kulit
juga dapat diatasi dengan menggunakan minyak kelapa.
·
Madu: Merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar
bunga, madu berupaya membekalkan tenaga untuk tubuh badan selain berfungsi
sebagai glukosa untuk menggantikan karbohidrat. Madu juga mampu mencegah serangan
jangkitan bakteria sekaligus membantu menggalakkan pemulihan luka dan mengatasi
masalah kulit. Selain itu, madu yang bersifat antioksida dan antibakteria ini
turut berperanan mengekalkan kehalusan dan kelembutan kulit serta menghasilkan
tona wajah yang sekata, memudarkan parut di samping meningkatkan tahap
kesihatan tubuh badan.
Krim Kunyit
·
Kunyit: Kunyit mempunyai sifat antiseptik yang berperanan
mencegah serangan kuman, menggalakkan penyembuhan luka serta mengatasi masalah
kulit dan kegatalan. Di samping itu, kunyit turut digunakan sebagai skrub untuk
meningkatkan kecerahan dan ketegangan kulit di samping menghapuskan
bintik-bintik hitam pada wajah.
Sunblock/Foundation
·
Avobenzone: Sebatian sintetik ini turut dipanggil Butyl
Methoxydibenzoylmethane dan berperanan untuk menyerap sinaran ultraungu (UV)
lalu menukarkannya kepada radiasi infrared yang kurang berbahaya sekaligus
melindungi kulit daripada sinaran UV yang merosakkan kulit di samping mencegah
daripada proses penuaan.
·
Octyl Methoxycinnamate: Turut dipanggil Ethylhexyl Methoxycinnamate, Penggunaan utamanya
adalah dalam suncreens dan kosmetik lain untuk menyerap UV-B sinar dari
matahari, melindungi kulit daripada kerosakan. Ia juga digunakan untuk
mengurangkan kemunculan parut.
·
Homosalate: Homoslate merupakan sebatian organik yang terhasil daripada asid
salisilik bersama 3,3,5-trimethylcyclohexanol. Ia berfungsi memelihara kulit
daripada kesan buruk akibat sinaran matahari, di samping mencegah penuaan kulit
·
Octyl Salicylate: Octyl Salicylate adalah sebatian organik yang berupaya menentang
sinaran matahari dan melindungi kulit daripada radiasi ultraungu yang boleh
mengakibatkan kanser kulit di samping membantu mengekalkan kelembapan kulit.
·
Oxybenzone: Bahan organik ini berupaya menentang sinaran matahari dan
melindungi kulit daripada radiasi ultraungu yang boleh mempercepatkan proses
penuaan dan mengakibatkan kanser kulit serta membantu mengekalkan kelembapan
kulit.
Cara Penggunaan Pek Remaja Tia Amelia
Sabun Pembersih Muka
·
Basahkan wajah
·
Buihkan Sabun Pembersih Muka pada tapak tangan
·
Sapukan dan gosok perlahan-lahan pada keseluruhan muka
·
Bilas sehingga bersih
·
Boleh digunakan pada bila-bila masa
Krim Kunyit
·
Gunakan setiap malam sebelum tidur
·
Cuci muka dengan Sabun Pembersih Muka
·
Setelah kulit muka dilap kering, sapukan Krim Kunyit secara nipis
pada keseluruhan muka
·
Disyorkan menggunakan Krim Kunyit selang sehari pada awal
penggunaan
·
Jika terdapat reaksi alahan, hentikan penggunaan
Sunblock/Foundation
·
Gunakan pada waktu siang setiap hari
·
Setelah muka dicuci bersih dan dilap kering,
·
sapukan Sunblock/Foundation secara nipis pada keseluruhan muka
·
Set Rawatan
Pencerahan Tia Amelia
Set Rawatan Pencerahan Tia Amelia telah didatangkan dalam
bentuk pek ekonomi yang mana membantu merawat dan melindungi kulit wajah tanpa
pengelupasan malahan kulit wajah menjadi lebih cerah. Set Rawatan Pencerahan
Tia Amelia bukan sahaja sesuai untuk kulit normal malah turut membantu
merawat mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Set Rawatan Pencerahan Tia Amelia yang mengandungi 5 unit
asas ini mampu memberi keberkesanan yang jelas dapat dirasai dalam masa 2
hingga 3 minggu jika digunakan dengan baik. Wajah akan kelihatan cerah dan
berseri.
Khasiat Set Rawatan Pencerahan Tia Amelia
·
Kulit menjadi lebih gebu dan halus dan segar.
·
Melambatkan proses penuaan.
·
Melembapkan kulit dan menjadikan ia sekata.
·
Mencerahkan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.
·
Menanggalkan kotoran, minyak berlebihan dan sel kulit mati.
·
Menghilangkan jeragat, jerawat,bintik-bintik hitam dan parut.
Kandungan Set Rawatan Pencerahan Tia Amelia
·
Sabun Pembersih Muka 40g
·
Sunblock Tia Amelia 5g
·
Krim Kunyit Tia Amelia 5g
·
Krim Pemutih Tia Amelia 5g
·
Pencuci Muka Tia Amelia 60ml
Cara Penggunaan Set Rawatan Pencerahan Tia Amelia
Pencuci Muka/Sabun Pembersih
Muka
·
Basahkan muka dengan sedikit air.
·
Kemudian titikan dengan jari sedikit Pencuci Muka Tia Amelia ke
dahi, hidung, pipi, dagu. Gosok perlahan-lahan di tempat tersebut sehingga
serata.
·
Bilas buihan pencuci dengan air sehingga muka terasa bersih.
Krim Malam
·
Sebelum tidur, bersihkan muka dengan sabun, urut perlahan-lahan
dan bilas bersih.
·
Setelah muka dilap kering, sapukan Krim Pemutih secara nipis
pada keseluruhan muka dan disusuli dengan Krim Kunyit(juga dengan secara nipis
dan rata pada keseluruhan muka)
Sunblock/Foundation
·
Di waktu pagi, bersihkan muka dengan sabun, urut perlahan-lahan
dan bilas bersih.
·
Setelah muka dilap kering, sapukan Sunblock/Foundation secara
nipis pada keseluruhan muka untuk perlindungan dari sinar UV dan sebagai alas
bedak.
Krim Kunyit
·
Di awal-awal penggunaan adalah dinasihatkan agar memakainya
selang 1 hari supaya dapat dilihat reaksi kulit kepada bahan kunyit(reaksi
mungkin berbeza-beza mengikut jenis kulit).
·
Jika tiada sebarang masalah, teruskan penggunaan setiap malam.
Jika ada masalah, jarakkan penggunaan kepada sekali selang 3 hari dan
seterusnya.
Krim Pemutih
·
Gunakan Krim Pemutih setiap malam.
Perhatian Penting : KRIM MALAM (Krim Pemutih dan Krim Kunyit) adalah untuk
kegunaan malam sahaja, ia bertindak semasa waktu tidur. Sunblock/Foundation
adalah kegunaan siang hari, ia melindungi kulit dari sinar UV. Sabun Pembersih
Muka dan Pencuci Muka boleh digunakan pada bila-billa masa dan keduanya boleh
diguna bertukar ganti. Pencuci Muka lazimnya digunakan semasa kembara.
Perhatian : Hanya SEDIKIT
KRIM sudah
memadai untuk setiap penggunaan. Sekiranya timbul masalah daripada penggunaan
produk ini, sila hentikan penggunaan. Ini mungkin kerana kulit anda tidak
serasi dengan produk ini.